Salam kepada En. Amran dan kawan-kawan sekuliah....
Dalam kuliah minggu kedua..saya telah mempelajari apa yang dimaksudkan dengan soundscape, budaya muzik, sejarah muzik tradisional malaysia, kategori alat muzik serta konsep dan struktur muzik. En. Amran telah menjelaskan beberapa ciri yang terdapat dalam kompenen di atas dengan mengemukakan huraian dan contoh. Berdasarkan contoh yang diberikan dapat membantu saya untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai konsep yang sebenar mengenai kesemua komponen di atas.
Apa yang saya faham mengenai soundscape adalah bermaksud bunyi dan pemandangan. dengan penjelasan En. Amran mengenai soundscape, saya dapat mengetahui bagaimana ingin fokus untuk mendengar beberapa karektor bunyi yang ada dalam sesuatu video atau muzik. dalam kelas saya dan rakan sekuliah yang lain telah diperdengarkan oleh En. Amran mengenai soundscape. Satu video telah ditayangkan dan kami dikehendaki memberi fokus terhadap bunyi tersebut untuk mengetahui karektor-karektor bunyi yang ada. Seperti kenal pasti bunyi apa yang paling jelas didengar? bunyi yang jauh didengar? bunyi yang merdu? dan banyak lagi.
Contoh soundscape : Mari kita sama-sama menghayati dan memberi fokus terhadap bunyi2 yang terdapat dalam video ini...
Selain itu, setelah menghadiri kuliah minggu kedua, saya turut mengetahui dengan jelas mengenai apa yang dimaksudkan dengan budaya muzik, dari aspek kategorinya serta komponen-komponen budaya muzik. Dalam aspek kategori, En. Amran telah menjelaskan bagaimanakah budaya muzik boleh berlaku dan terbentuk. Contohnya muzik " Dongdang Sayang ". Muzik ini dapat dikenalpasti melalui kategori negeri. Kalau kita sebut " Dongdang Sayang ", secara automatik masyarakat akan menyatakan bahawa muzik tersebut adalah daripada negeri Melaka.
Seterusnya, melalui kuliah minggu ke-2 juga saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai sejarah dan asal-usul lahirnya muzik tradisional di Malaysia. Selain itu, saya dapat mengetahui mengenai kategori-kategori alat muzik. Iaitu yang merangkumi Kordofon, membranofon, aerofon dan idiofon. Apa yang saya faham mengenai kordofon iaitu alat muzik yang bertali seperti gitar, gambus, dan sebagainya.
Akhir sekali dalam kelas minggu ke-2, kami didedahkan dengan struktur dan konsep muzik. apabila dijelaskan oleh En. Amran mengenai struktur muzik. Saya mula faham apa yang dapat diklasifikasikan dalam struktur muzik. Contohnya melalui "Irama". Ia mempunyai konsep atas, bawah, melintang dan berulang-ulang. Dengan contoh yang terperinci yang diberikan oleh En. Amran iaitu dengan mengambil inisiatif untuk mendendangkan lagu " Rindu Bayangan " bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan irama dapat membantu saya dan rakan sekuliah yang lain mengetahui konsep irama dalam struktur muzik dalam kontek yang sebenar.
Sekian..
4 comments:
Tahniah! Posting yang jujur dan menarik dengan tambahan video.
terima kasih atas pujian..
Ulasan yang menarik Hana.. teruskan usaha..
tq marlin..
Post a Comment