Thursday, October 28, 2010

Minggu 14 : Jurnal Refleksi

Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252.

Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada di penghujung semester bagi sesi 1 2010/2011 ini.   Pejam celik pejam celik rupa-rupanya kita sudah berada di minggu 14.  Bagaikan baru semalam berada di kelas SMP2252 sama-sama menari Mak Yong, memalu kompang, berbahas pendapat, gelak ketawa, suka duka, namun hakikatnya kita semakin terpisah dek waktu dan keadaan. Untuk jurnal refleksi minggu 14 ini, saya ingin meluahkan secara keseluruhannya mengenai perasaan, pandangan, pendapat saya mengenai kursus SMP2252 ini sepanjang tempoh 14 minggu saya mempelajarinya dan berusaha untuk menguasai kursus ini.  Minggu ke 14 adalah minggu terakhir sesi kuliah untuk kursus SMP2252 sebelum semua pelajar menduduki peperiksaan akhir semester.  

Sepanjang tempoh 14 minggu di kelas SMP2252, satu pengalaman yang amat berharga bagi saya kerana dapat menyelusuri sejarah muzik, mengerti akan peranan dan kepentingan muzik, mengklasifikasikan alat-alat muzik sama ada moden mahupun tradisional dan banyak lagi. Tidak terluah rasanya untuk menyatakan kesemuanya di sini. Namun begitu, serba sedikit mengenai kursus ini perlu diluahkan juga sebagai panduan dan pedoman kepada saya juga untuk rakan –rakan sekalian.  Walaupun muzik tradisional hanyalah subjek pengayaan bagi saya yang mengambil major Pengajian Malaysia namun input yang diperolehi hasil daripada kelas pengayaan ini dapat meningkatkan pengetahuan saya yang sebelum ini kabur mengenai muzik tradidional yang ada di negara kita Malaysia yang kaya dengan khazanah dan sejarah yang menjadi tunjang ke arah komersialnya persembahan muzik di tanah air kita pada hari ini.

Hasil daripada penjelajahan dan penerokaan terhadap kursus SMP2252 ini amat bermakna bagi saya untuk lebih mengenali dengan dekat lagi mengenai  muzik tradisional yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita pada masa dahulu.  Walaupun kebanyakkannya sudah diadaptasi dan diperbaharui menjurus ke arah kemodenan namun secara peribadinya keaslian muzik-muzik tradisional di negara kita masih lagi dikekalkan hingga kini.  

Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Amran selaku pensyarah kami bagi kursus SMP2252 yang banyak memberi input yang berguna mengenai muzik tradisional sama ada dari aspek teori mahupun praktikal.  Tidak lupa juga penghargaan kepada beliau yang memberi pendedahan kepada kami pelajar SMP2252 ke arah mengenali laman sosial blog yang dianggap penting sebagai laman interaksi dan laman ilmu di zaman teknologi yang serba canggih kini.  Sebelum saya mengambil kursus SMP2252 ini dan sebelum saya didedahkan dengan penggunaan blog secara jujurnya saya ingin menyatakan bahawa sebelum ini saya sudah memiliki laman blog peribadi yang tidak berapa aktif kerana kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi.  Namun, laman blog peribadi saya tidaklah secanggih laman blog yang dimiliki oleh orang lain yang sebagaimana laman blog SMP2252 yang mempunyai pautan terus ke laman web lain seperti youtube, facebook dan sebagainya. 

Walaupun sudah mempunyai laman blog sendiri. Namun, setelah mendaftarkan kursus Muzik Tradisional (SMP2252) sebagai kursus pengayaan yang wajib diambil untuk memenuhi jam kredit Kos Pengajian Malaysia dengan Pendidikan. Saya didedahkan dengan pembelajaran kuliah yang menggunakaan pendekatan penggunaan blog sebagai salah satu pendekatan yang digunakan dalam kursus ini disamping pendekatan pembelajaran kuliah dan perbincangan dalam kelas yang dijalankan seperti biasa.  Peristiwa pertama saya membuka akaun blog baru pada minggu ke dua bagi memenuhi syarat kursus SMP2252 adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  

Walaupun sudah sedia maklum saya sudah mempunyai laman blog peribadi, namun masalah-masalah teknikal masih lagi menjadi masalah utama bagi saya untuk mendalami dan meneroka komponen-komponen yang terdapat dalam laman blog.  Secara jujurnya saya tidak begitu arif terhadap penggunaan teknologi apetah lagi dalam aspek menguasai ilmu perkomputeran.  Sewaktu membuka akaun blog bagi SMP2252, saya menghadapi masalah teknikal untuk menambah gadget-gadget di laman blog.  Saya akui bahawa saya memang slow untuk follow tambahan pula pada masa itu tunjuk ajar daripada En. Amran adalah terlalu pantas bagi saya untuk mengekorinya. 

Oleh disebabkan sukar untuk mengekori tunjuk ajar daripada En. Amran untuk membuka sebuah akaun blog yang menepati klasifikasi yang dikehendaki.  Dan apabila saya sedari bahawa saya sudah ketinggalan jauh untuk mengekori pengajaran beliau pada hari tersebut.  Saya mengambil keputusan untuk berhenti disitu sahaja.  Namun begitu, selepas kelas tamat, saya mengambil inisiatif untuk menyempurnakan akaun blog saya dengan meminta bantuan daripada rakan sekuliah iaitu Wan Fadillah agar membantu saya untuk menambah apa yang kurang agar menjadi sebuah akaun blog yang selaras dengan rakan-rakan yang lain.  Akhirnya saya berjaya memiliki akaun blog baru bagi kursus SMP2252.  

Justeru itu, hasil daripada penerokaan saya terhadap laman blog dan sentiasa mengaktifkan diri dalam laman sosial ini walaupun pada ketika itu saya dibebani akan tugasan kursus lain yang bertimbun. Namun saya berusaha juga untuk menjadi seorang yang aktif dalam blog.  Dalam pada itu, akhirnya saya sudah tiada masalah lagi untuk menggunakan blog sama ada untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh pensyarah setiap minggu dan untuk membuat jurnal refleksi yang menjadi tugasan mingguan yang perlu diselesaikan.  

Kaedah penulisan jurnal rekleksi yang digunakan oleh En. Amran adalah satu pendekatan baru bagi saya. Kedah ini turut membantu mengasah minda saya untuk berfikir dan mengarang dengan melahirkan pelbagai idea, pandangan dan kritikan terhadap proses pembelajaran dalam kuliah yang berlangsung setiap minggu.  Penulisan jurnal refleksi juga membantu saya untuk sentiasa ingat apa yang dipelajari dan juga membantu saya untuk mengulangkaji pembelajaran yang lepas supaya tidak menjadi seperti keadaan di mana masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Jurnal refleksi juga berfungsi sebagai sinopsis atau ulasan mengenai aktiviti dan hasil pembelajaran yang diperolehi dalam sesi kuliah yang berlangsung.  

Seterusnya, dari aspek kandungan kursus pula, pada mulanya saya mengambil kursus ini.  Pandangan saya kandungan kursus SMP2252 adalah amat berat untuk dipikul bagi saya pelajar Pengajian Malaysia kerana perlu membuat jurnal refleksi dan menjawab soalan berdasarkan blog.  Pada minggu awal semester, tekanan bagi saya untuk menghadapi blog untuk menyiapkan jurnal refleksi dan menjawab soala-soalan yang diberikan setiap minggu.  Hal ini disebabkan oleh bertambahnya tugasan yang diberikan oleh pensyarah dari kursus major.  Sedia diketahui bahawa Pengajian Malaysia merupakan kos yang seringkali dibanjiri dengan tugasan yang banyak. Namun begitu, dengan inisiatif saya sendiri untuk membahagikan masa saya berjaya menghadapinya dengan berjaya. Di pertengahan semester masalah ini tidak lagi menjadi beban kepada saya sehingga dapat menamatkan kursus ini sehingga ke minggu 14.  

Walaubagaimanapun, SMP2252 sungguh menyeronokkan setelah dipelajari dan dikenali dengan lebih dekat.  Bak kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”.  Alhamdulillah setelah 14 minggu bergelumang dengan sejarah asal ususl muzik tardisional, alat-alat muzik yang pelbagai kalsifikasi, nilai-nilai estika yang terdapat dalam muzik tradisional yang dipelajari membantu saya untuk berminat dengan muzik-muzik tersebut.  Sebelum ini saya hanya tahu muzik-muzik Wayang Kulit, Mak Yong, Ghazal dan lain-lain hanya dari aspek persembahan sahaja. Tetapi setelah mengambil kursus SMP2252 memberi peluang kepada saya untuk mengetahui dengan lebih jelas mengenai jenis-jenis muzik tradisional yang ada di Malaysia kini daripada sejarah awal hinggalah ia berkembang kini. 

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang sesi kuliah SMP2252 adalah semasa sesi kuliah yang bertajuk Kompang dan Gamelan.  Kami semua didedahkan cara-cara bermain kompang dan gamelan justeru berpeluang untuk membuat demonstrasi bermain alat muzik tersebut.  Perasaan saya amat seronok sekali kerana impian saya untuk memalu kompang tercapai.  Jujur saya katakan bahawa saya amat berminat dengan muzik kompang.  Mungkin dari aspek bunyinya yang meriah dan nilainya seninya yang tersendiri.

Sesi Demonstrasi  Persembahan Gamelan dan Kompang :

Terima Kasih kepada rakan-rakan kos muzik atas tunjuk ajar kamu semua terhadap
kami pelajar Pengajian Malaysia..


Kompang memang best.

Selain daripada penulisan jurnal refleksi. Pendekatan pembentangan, penggunaan blog individu, penggunaan blog kumpulan juga merupakan alternatif pembelajaran yang boleh meningkatkan pembelajaran kolaboratif di kalangan pelajar. Saya amat bersetuju dengan pendekatan yang digunakan kerana dapat meningkatkan semangat kerjasama dan kerja berkumpulan di kalangan pelajar. Iaitu dilihat dalam aspek membina blog kumpulan. Semua pelajar harus melibatkan diri untuk mengaktifkan blog kumpulan bukan hanya sekadar untuk memenuhi syarat sebagai tugasan yang diberikan.

Selain itu, dengan pendekatan penggunaan blog yang diperkenalkan, ia juga turut dijadikan sebagai mekanisme untuk berkongsi pendapat dan sebagai tempat untuk meluahkan pandangan dan idea yang terbuku dalam minda pelajar.  Pelajar boleh mengemukakan pandangan mereka dan bertanyakan pelbagai persoalan yang tidak difahami sama ada mengenai kandungan kursus mahupun soalan-soalan yang berkaitan melalui blog sekiranya tidak mempunyai kesempatan untuk bertanya di dalam kelas. Penggunaan shortmix dalam pautan blog membolehkan pelajar berinteraksi secara online sama ada dengan pensyarah mahupun dengan rakan pelajar lain.  Hal ini dapat meningkatkan cara pembelajaran kolaboratif antara pelajar tanpa membuat perjumpaan di luar kawasan dimana tanpa kaedah ini mungkin pelajar sukar untuk mengadakan perbincangan kumpulan secara bersemuka kerana faktor-faktor peribadi mahupun kakangan lain.  Interaksi antara pelajar melalui laman blog juga bukan sahaja dapat menghubungkan antara pelajar dalam satu kumpulan kuliah yang sama malah pelajar dari kumpulan lain juga dapat mencapai pautan blog kumpulan lain untuk memberi pandangan dan mengajukan persoalan sekiranya terdapat sebarang kekeliruan terhadap sesuatu perkara yang berkaitan kursus mahupun pembentangan.  Pandangan saya agar cara pembelajaran sebegini dapat diteruskan dan diaplikasikan dalam kursus-kursus lain kerana dapat dengan cara pembelajaran menggunakan blog mungkin dapat meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan disamping  memberi pendedahan kepada pelajar terhadap kepentingan penggunaan ict sejajar dengan perkembangan pembangunan negara yang menginginkan semua rakyatnya celik it dan mempunyai minda kelas pertama.  Untuk melestarikan idea ini semua pihak haruslah bekerjasama dan memberi sokongan padu antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, akhir kata dari saya untuk sekian kalinya ribuan terima kasih diucapkan sekali lagi buat Pensyarah SMP2252 iaitu En. Amran yang banyak berjasa dan sabar melayan kerenah kami di dalam kelas serta sahabat-sahabat seperjuangan semua sama ada dari kumpulan A mahupun kumpulan B sekiranya ada perkataan yang mengguris rasa, menyinggung jiwa, sepanjang berinteraksi dan berkomunikasi dengan kalian samada di alam maya sesawang blog, facebook mahupun di kelas. Diharapkan juga apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan dan dijadikan panduan untuk diaplikasikan di masa akan datang. Diharapkan semua antara kita memperoleh kejayaan yang cemerlang sama ada di dunia mahupun di akhirat. Buat yang terbaik untuk peperiksaan akhir bagi kursus SMP2252 juga kursus-kursus lain agar kita sama-sama mencapai apa yang dicita-citakan. Sesungguhnya berusaha itu adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan apa yang diingini bukan hanya sekadar menjadi penunggu kaku yang akhirnya merugikan diri sendiri. 

Memang tidak dinafikan group SMP2252 memang the best of the world.


Semoga berjumpa lagi!!!!
-  Selamat Berjuang  -
Teruskan Membaca...

Monday, October 11, 2010

Minggu 12 : Jurnal Refleksi

Salam kepada En. Amran dan rakan – rakan sekuliah sekalian.


Kuliah minggu ini adalah melibatkan sesi pembentangan oleh 2 kumpulan iaitu membentangkan tentang Muzik Opera Cina dan mengenai sejarah asal usul muzik tradisional Sabah dan Sarawak. 

Melalui sesi pembentang oleh kumpulan pertama iaitu mengenai muzik Opera Cina.  Sesi pembentangan ini adalah pembentangan kali yang kedua oleh kumpulan ini.  Seramai 4 orang ahli yang membentang. Kelihatan para pembentang telah menunjukkan satu persembahan yang hebat dengan isi pembentangan yang padat dan tindak balas daripada pelajar yang menonton dengan mengutarakan pelbagai soalan telah menjadikan suasana pembentangan menjadi begitu hangat. 

Dari aspek persembahan, kemahiran insaniah adalah baik namun dari aspek penggunaan bahasa kumpulan ini masih lagi kekal dengan dialek kelantan mereka.  Sesi pembentangan menjadi tidak formal jika keadaan sedemikian berterusan.  Harap keadaan sebegini dapat diperbaiki untuk pembentangan-pembentangan seterusnya. 

Kumpulan ini telah menjelaskan beberapa aspek penting mengenai Muzik Opera Cina.  Iaitu merangkumi aspek sejarah, jenis-jenis muzik opera cina, kumpulan opera cina yang ada, aspek amatur, aspek struktur persembahan opera cina, watak, alat muzik dan sebagainya.  Kumpulan ini juga turut menjelaskan mengenai Wayang Po Te Hi.  Iaitu juga dikenali sebagai wayang sarung tangan.  Melalui pemerhatian yang dilakukan semasa sesi pembentangan berlangsung.  Kumpulan ini hanya menjelaskaan tujuan wayang Po Te Hi ini dimainkan, menjelaskan jenis-jenis wayang ini iaitu pembentang menjelaskan terdapat 3 jenis wayang Po Te Hi iaitu merangkumi Wayang Boneka Sarung Tangan, Marionettes, dan Red Puppets.  Akan tetapi kumpulan ini tidak menjelaskan dimana dan bagaimana asal bermulanya wayang ini sehingga ianya menjadi popular di kalangan masyarakat Cina. 

Seterusnya,  melalui sesi pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan kedua pada minggu ini ialah mengenai sejarah asal usul muzik Sabah dan Sarawak.  Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan.  Dari aspek persembahan pembentangan yang dilakukan dapat dinilai bahawa persembahan amat baik, pembentang dilihat dapat menguasai tajuk pembentangan mereka.  Ditambah dengan ilmu pengetahuan sedia ada melalui pembacaan, melalaui pemerhatian yang ada disekeliling serta informasi daripada kawan-kawan yang berasal daripada Sabah dan Sarawak membolehkan pembentang menjelaskan mengenai asal usul muzik Sabah dan Sarawak ini dengan jelas. 

Dalam sesi pembentangan, kumpulan ini telah menjelaskan mengenai jenis tarian yang terdapat dalam muzik Sabah dan Sarawak.  Pembentang hanya menjelaskan jenis tarian yang popular. Hal ini kerana tarian muzik Sabah dan Sarawak adalah terlalu banyak jika mahu diperincikan secara keseluruhannya.  Pembentang juga turut menperincikan mengenai alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian muzik Sabah dan Sarawak yang sering digunakan dalam tarian yang popular seperti yang dijelaskan.  Dengan penjelasan yang diberikan oleh kumpulan ini mengenai asal usul muzik Sabah dan Sarawak ini melalui sesi pembentangan yang dibuat dapatlah membantu saya untuk memahami serba sedikit mengenai muzik Sabah dan Sarawak.  Dapat dijelaskan bahawa muzik Sabah dan Sarawak juga mempunyai banyak jenis tarian sama seperti yang terdapat dalam Muzik Orang Asli. 

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan disini bahawa sesi pembentang oleh kedua-dua kumpulan ini yang merupakan penutup tirai sesi pembentanagn bagi kumpulan A SMP2252 adalah amat baik dan memuaskan.  Banyak perkara yang dapat dikongsi dan diharapkan ianya menjadi satu ilmu pengetahuan yang dapat dikongsi kepada generasi yang akan datang kelak.

Sekian..terima kasih


Teruskan Membaca...

Monday, October 4, 2010

Minggu 11 : Jurnal Refleksi

Salam kepada En. Amran dan rakan – rakan sekuliah sekalian. 

Pada minggu ini sesi kuliah adalah melibatkan sesi pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan ke5.  iaitu mengenai muzik ghazal.  Pembentangan daripada kumpulan ini adalah pembentangan kali ke-2. Hal ini kerana terdapat banyak aspek yang perlu diperbaiki oleh kumpulan ini dalam isi kandungan yang dibentangkan mengenai muzik ghazal. 

Sesi pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan ini buat kali ke-2 ini adalah lebih terperinci daripada pelbagai aspek iaitu termasuklah aspek sejarah, pengaruh muzik ghazal, alat-alat muzik, struktur muzik dan sebagainya.  Kumpulan ini turut menanyangkan sebuah video hasil kajian lapangan yang dilakukan oleh mereka mengenai muzik ghazal.  Pembentang pertama telah menerangkan dengan lebih jelas mengenai sejarah dan pengaruh muzik ghazal ini hingga ke Tanah Melayu.  Pembentang yang kedua pula menerangkan mengenai struktur dalam nyanyian ghazal dan telah memperincikan dengan lebih jelas mengenai kalsiifikasi alat-alat muzik yang digunakan dalam muzik ghazal.  pembentang kedua juga turut menjelaskan mengenai cirri-ciri muzik ghazal Johor.  Kemudian, diteruskan dengan pembentang yang ke-3 yang menerangkan mengenai muzik ghazal parti.  Pembentang ke-3 ini juga turut menjelaskan mengenai perbezaan antara alat muzik yang digunakan dalam muzik ghazal Johor dan muzik ghazal parti. 

Dalam I jam terakhir sesi pembentang, sesi kuliah telah dikejutkan dengan rombongan pelajar dari SMK Malim, Melaka.  Pelajar terdiri daripada pelajar yang mengambil subjek muzik di sekolah tersebut.  Sesi pembentangan kumpulan ini bertuah kerana mendapat peluang keemasan kerana dapat ditonton oleh semua pelajar dan guru pengiring dari SMK Malim itu.  Sesi pembentangan menjadi lebih hangat dengan pelbagai soalan yang diutarakan oleh pelajar, guru serta rakan-rakan sekuliah yang lain. 

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa dalam sesi pembentangan kumpulan ini yang bertajuk muzik ghazal dapat membezakan dari segi budaya muzik ghazal yang seakan sama dengan muzik boria iaitu berasal dari pengaruh Arab yang dibawa ke Tanah Melayu melalui pedagang India Timur ke Pulau Pinang.  Oleh yang demikian, pembentangan dari kumpulan ini amat menarik sekali iaitu mengenai muzik ghazal. 
Teruskan Membaca...

Wednesday, September 29, 2010

Minggu 10 : Jurnal Refleksi

Salam kepada En Amran dan rakan-rakan sekuliah sekalian...


Pada minggu ke-10 melibatkan pembentangan yang dilakukan oleh 2 kumpulan iaitu yang bertajuk Muzik Klasik India dan Muzik Orang Asli.  Dalam sesi pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan pertama.  Pembentang hanya menerangkan sedikit sahaja mengenai sejarah muzik klasik India. Sepatutnya sejarah muzik klasik India ini harus diterangkan dengan lebih terperinci lagi bagi memberi gambaran umum dan menambahkan pengetahuan pelajar lain terhadap muzik klasik inidia yang dibentangkan ini. 

Pembentang dalam kumpulan ini turut memperincikan mengenai alat-alat yang digunakan dalam persembahan muzik klasik India.   Alat muzik utama yang digunakan dalam muzik klasik India di Malaysia adalah seperti Nadaswaram / Serunai,  Thavil, Ghatam, dan Tabla.  Alat muzik lain yang digunakan seperti kanjiva, chenda, mudangam, veena, dan venu.  Alat muzik ini biasanya digunakan dalam upacara perayaan, perkahwinan, dan lain-lain.  Pembentang juga turut menjelaskan mengenai cara persembahan dan struktur muzik dalam muzik klasik India.  Secara keseluruhannya persembahan pembentangan kumpulan ini adalah amat baik dan hanya perlu menjelaskan dengan lebih terperinci lagi mengenai sejarah muzik klasik India di Malaysia. 

Kemudian, dalam sesi pembentang yang dibentangkan oleh kumpulan ke-2 pada minggu ini adalah mengenai Muzik Orang Asli.  Persembahan pembentangan kumpulan ini adalah lebih terperinci kepada muzik tarian sewang.  Sewang adalah terkenal di kalangan masyarakat orang Asli Senoi dan Negrito. Secara keseluruhannya, persembahan pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah sangat menarik dan ianya lebih menarik sekiranya sesi pembentangan ini diselitkan dengan tayangan video tarian sewang yang biasanya dilakukan oleh golongan masyarakat orang asli Senoi ini untuk tontonan semua.  Selain itu, sesi pembentangan kumpulan ini juga akan lebih menarik lagi sekiranya para pembentang dapat menjelaskan dengan lebih terperinci lagi mengenai muzik dan tarian lain yang popular di kalangan masyarakat orang asli ini sebagai ilmu pengetahuan tambahan untuk dikongsi dengan rakan-rakan pelajar yang lain.

Sekian..
Teruskan Membaca...

Thursday, September 23, 2010

Minggu 9 : Jurnal Refleksi

Salam kepada En. Amran dan rakan-rakan sekuliah sekalian..

Pada minggu ke - 9 saya tidak dapat menghadirkan diri ke kuliah kerana masalah kehabisan tiket dari kelantan untuk ke tanjong malim.  Mohon maaf di atas ketidakhadiran saya pada minggu ini.  Namun begitu, atas kerjasama yang diberikan oleh kawan saya yang menjelaskan mengenai aktiviti kuliah pada minggu ini telah membantu saya untuk menyiapkan jurnal refleksi bagi minggu ini. 

Menurutnya, pada minggu ke - 9, aktiviti yang dilakukan pada kuliah minggu ke-9 adalah melibatkan pembentangan dari 2 kumpulan yang membentangkan mengenai ghazal dan opera cina.  saya tidak dapat untuk menerangkan serba sedikit mengenai kedua-dua topik tersebut kerana video pembentangan kedua-dua kumpulan ini tidak di upload dalam blog. 

Walaubagaimanapun..tahniah diucapkan kepada kedua-dua kumpulan di atas pembentangan anda..

Sekian..
Teruskan Membaca...

Saturday, September 18, 2010

Minggu 8 : Jurnal Refleksi

Salam kepada En. Amran dan rakan-rakan sekuliah sekalian..

Sesi kuliah pada minggu ke-8 telah melibatkan pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan saya iaitu mengenai muzik Boria.  pembentangan melibatkan 3 orang ahli sahaja daripada 5 orang ahli kerana disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan.  terima kasih kepada wakil pembentang kumpulan saya kerana memberi kerjasama.

Mohon maaf diatas ketidakhadiran saya pada hari pembentangan tersebut. 

Walaubagaimanapaun, menurut ahli kumpulan saya. Sesi pembentangan pada hari tersebut mendapat komen yang membina daripada pensyarah SMP2252 iatu En. Amran. Oleh yang demikian segala isi dan persembahan haruslah diperbaiki.

Sekian.
Teruskan Membaca...

Monday, August 23, 2010

minggu 7 : Jurnal Refleksi

Salam kepada En. Amran dan rakan-rakan sekuliah sekalian...

Jurnal refleksi saya pada minggu ini hanya sekadar untuk menceritakan tentang aktiviti pembentangan kumpulan 1 iaitu tentang sejarah muzik tradisional beserta kumpulan 2 iaitu tentang zikir.

Kumpulan 1 telah menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai asal usul dan sejarah muzik tradisional di negara kita Malaysia.  Melalui sesi pembentangan yang  berlangsung.  Saya dapat mengetahui serba sedikit tentang sejarah perkembangan muzik tradisional dari awal hinggalah sekarang.  Selain itu, saya juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai asal usul alat muzik yang ada kini contohnya seruling dimana ianya berasal daripada tulang yang berfungsi sebagai satu alat yang mengeluarkan bunyi apabila ditiup.

Seterusnya melalui sesi pembentangan kumpulan 2 pula.  Kumpulan ini membentangkan mengenai zikir.  zikir terbahagi kepada dua jenis iaitu zikir Qalbi dan zikir Lisani.  Zikir Qalbi adalah dilakukan dengan lafaz di dalam hati iaitu dengan kata lain melalui kalbu.  Manakala zikir lisani pula dilakukan dengan melafazkaan menggunakan lidah dan perbuatan.  Kumpulan ini turut memperincikan aspek-aspek yang berkaitan dengan zikir iaitu dari aspek bahasa, persembahan, pengaruh, masa dan tempat zikir dilakukan. 

Akhir sekali, dapat disimpulkan disini bahawa setelah mendapat penjelasan daripada kedua-dua kumpulan ini melalui sesi pembentangan yang dilakukan telah menambahkan ilmu pengetahuan saya terhadap kedua-dua tajuk yang dibentangkan. 

Sesi pembentangan yang dilakukan oleh kedua-dua kumpulan tadi amat menarik dan memuaskan. 

Sekian terima kasih..
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP.A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • REFLEKSI KESELURUHAN - SALAM... Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rak...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    13 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    13 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    13 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    13 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    13 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    13 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    13 years ago

BLOG PELAJAR KUMP.B

BLOG PELAJAR KUMP.C

SMP2252 NURULHANA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template