Salam kepada En. Amran dan rakan-rakan sekuliah sekalian...
Jurnal refleksi saya pada minggu ini hanya sekadar untuk menceritakan tentang aktiviti pembentangan kumpulan 1 iaitu tentang sejarah muzik tradisional beserta kumpulan 2 iaitu tentang zikir.
Kumpulan 1 telah menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai asal usul dan sejarah muzik tradisional di negara kita Malaysia. Melalui sesi pembentangan yang berlangsung. Saya dapat mengetahui serba sedikit tentang sejarah perkembangan muzik tradisional dari awal hinggalah sekarang. Selain itu, saya juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai asal usul alat muzik yang ada kini contohnya seruling dimana ianya berasal daripada tulang yang berfungsi sebagai satu alat yang mengeluarkan bunyi apabila ditiup.
Seterusnya melalui sesi pembentangan kumpulan 2 pula. Kumpulan ini membentangkan mengenai zikir. zikir terbahagi kepada dua jenis iaitu zikir Qalbi dan zikir Lisani. Zikir Qalbi adalah dilakukan dengan lafaz di dalam hati iaitu dengan kata lain melalui kalbu. Manakala zikir lisani pula dilakukan dengan melafazkaan menggunakan lidah dan perbuatan. Kumpulan ini turut memperincikan aspek-aspek yang berkaitan dengan zikir iaitu dari aspek bahasa, persembahan, pengaruh, masa dan tempat zikir dilakukan.
Akhir sekali, dapat disimpulkan disini bahawa setelah mendapat penjelasan daripada kedua-dua kumpulan ini melalui sesi pembentangan yang dilakukan telah menambahkan ilmu pengetahuan saya terhadap kedua-dua tajuk yang dibentangkan.
Sesi pembentangan yang dilakukan oleh kedua-dua kumpulan tadi amat menarik dan memuaskan.
Sekian terima kasih..
0 comments:
Post a Comment