Monday, August 16, 2010

Minggu 6 : Jurnal Refleksi

Salam kepada En. Amran dan rakan - rakan sekuliah..

Secara keseluruhannya kuliah pada hari ini adalah menarik dan menyeronokkan.  kuliah pagi tadi adalah tentang Mak Yong dan Kompang.  Dalam sesi kuliah, telah diterangkan iaitu mengenai sejarah Mak Yong, Persembahan dan alat muzik Mak Yong serta muzik, bentuk dan irama dalam muzik tradisional Mak Yong. dalam sesi kuliah pada pagi tadi, saya mengetahui serba sedikit mengenai sejarah dan asal usul muzik Mak Yong diperkenalkan, bila dan dimana muzik ini dipersembahkan.  

Alat muzik yang digunakan dalam muzik tradisional Mak Yong adalah seperti rebab, tatawak dan gendang. 
selain itu, dalam sesi kuliah juga, kami didedahkan dengan muzik, bentuk, dan irama Mak Yong.  Dalam muzik tradisional Mak Yong, irama adalah menggunakan 4 timbre iaitu " Pak, Duh, Cak, Ting ".  Menggunakan gaya meningkah ( interlocking ) dan bertempo agak perlahan.  

Bagi saya, irama muzik Mak Yong adalah sungguh menarik.  Hal ini kerana, tidak disangka-sangka irama gendang anak, gendang ibu dan gong yang dipelajari dalam sesi kuliah pagi tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinga dan terbawa-bawa ke dalam kelas yang seterusnya. Yang sungguh melucukan saya ada kawan sekuliah muzik tradisional juga yang berada di sebelah mengatakan dengan mengingati irama tersebut dapat menghilangkan mengantuk di dalam kelas seterusnya. Nampaknya tarikan irama gendang anak, gendang ibu dan gong yang dipelajari memberi kesan yang positif kepada pelajar dan menyebabkan ianya mudah difahami dan diingati.  

Bunyi Irama gendang ibu, gendang anak dan tetawak/gong dalam lagu barat (cepat) Gongan 8-bit adalah seperti berikut :

Gendang anak : " Cak Ting Cak Ting Cak Ting Ting "

Gendang Ibu : " Pak Duh Pak Duh Pak ..Duh "

Gong / tetawak pula adalah bernada tinggi dan rendah. iaitu 8 dan 4.

Selain daripada belajar mengenai Mak Yong.  dalam sesi kuliah pagi tadi kami juga didedahkan mengenai kompang.  En. Amran telah menjelaskan mengenai sejarah kompang, alat muzik kompang dan mengenai tempo serta bentuk.  kompang dapat diklasifikasikan dalam klasifikasi membranofon.  teknik bermain kompang adalah 3 iaitu melalu, meningkah dan menyilang.  

Kompang adalah seperti berikut : 



Kompang mempunyai saiz yang tertentu iaitu seperti dalam gambar di bawah :


Akhir sekali, secara kesimpulannya sesi refleksi jurnal saya pada minggu ini dapat menyatakan bahawa pengalaman bermain kompang di masa 20 minit terakhir dalam kelas telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya mengenai cara dan teknik bermain kompang yang betul untuk diaplikasikan pada masa yang akan datang.  Jujur saya katakan bahawa hari ini adalah pertama kali saya menyentuh dan memalu kompang secara langsung.  Sebelum ini, persembahan kompang hanya disaksikan di dalam majlis-majlis perkahwinan yang dipersembahkan oleh kumpulan kompang yang dijemput khas.  Saya akui bahawa saya amat meminati muzik kompang sama ada dari aspek bunyi serta persembahan yang dibuat.  Pertama kali saya melihat persembahan kompang secara langsung adalah pada majlis perkahwinan kakak saya di Seremban Negeri Sembilan.  Demikian disebabkan oleh muzik kompang tidak terdapat di Kelantan berbanding negeri lain khususnya Selangor dan sebagainya.  Di Kelantan, majlis perkahwinan diraikan dengan persembahan silat berbeza dengan negeri lain yang menggunakan kompang sebagai muzik bagi menyerikan lagi majlis yang berlangsung.  

Pengalaman bermain kompang pada sesi kuliah pagi tadi merupakan pengalaman baru bagi saya.  sehinggakan sewaktu sesi latihan yang diberikan oleh En. Amran, beliau sempat menegur saya agar tidak takut. Hal ini kerana mungkin beliau dapat mengenal pasti keadaan saya yang sewaktu itu seakan terketar-ketar.  Namun sebenarnya, keadaan yang terketar-ketar itu bukannya disebabkan takut untuk memalu kompang.  Akan tetapi itu adalah satu keadaan yang dapat dikatakan terlalu excited untuk memalu kompang. Almaklumlah pertama kali memegang kompang dan diberi pelaung untuk mencuba dalam sesi latihan bermain kompang selepas kuliah pada pagi td.  Oleh yang demikian, ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Amran dan semua pelajar pendidikan muzik kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dan semua pelajar Pengajian Malaysia yang tidak mempunyai asas bermain kompang sebelum ini.   

Sekian wassalam...



0 comments:

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP.A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    14 years ago
  • REFLEKSI KESELURUHAN - SALAM... Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rak...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi: Minggu ke 14 - Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En. Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada minggu k...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Salam.. Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14 m...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU - Assalammualaikum wbt Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan - Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir (Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
    14 years ago
  • HADIAH KEPADA KAWAN2 - Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya dalam pep...
    14 years ago
  • Refleksi Minggu Ke-14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi Minggu 14 - Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah dibinca...
    14 years ago
  • Minggu 14: Jurnal Refleksi - Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252 banyak p...
    14 years ago
  • minggu 14 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum dan salam muhibah semua... Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'. Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    14 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    14 years ago
  • Minggu 14 : Jurnal Refleksi - Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir kursus ini. ...
    14 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    14 years ago
  • MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik tradisional. pada ming...
    14 years ago
  • MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum. Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
    14 years ago
  • MINGGU14: JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
    14 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    14 years ago
  • Minggu 11 : Jurnal Refleksi - Assalamualaikum.... Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
    14 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    14 years ago
  • BIODATA - NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI NO.MATRIK : D20072031485 PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN KUMPULAN : A SEMESTER : 6 SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
    14 years ago

BLOG PELAJAR KUMP.B

BLOG PELAJAR KUMP.C

SMP2252 NURULHANA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template