Kuliah minggu ini adalah melibatkan sesi pembentangan oleh 2 kumpulan iaitu membentangkan tentang Muzik Opera Cina dan mengenai sejarah asal usul muzik tradisional Sabah dan Sarawak.
Melalui sesi pembentang oleh kumpulan pertama iaitu mengenai muzik Opera Cina. Sesi pembentangan ini adalah pembentangan kali yang kedua oleh kumpulan ini. Seramai 4 orang ahli yang membentang. Kelihatan para pembentang telah menunjukkan satu persembahan yang hebat dengan isi pembentangan yang padat dan tindak balas daripada pelajar yang menonton dengan mengutarakan pelbagai soalan telah menjadikan suasana pembentangan menjadi begitu hangat.
Dari aspek persembahan, kemahiran insaniah adalah baik namun dari aspek penggunaan bahasa kumpulan ini masih lagi kekal dengan dialek kelantan mereka. Sesi pembentangan menjadi tidak formal jika keadaan sedemikian berterusan. Harap keadaan sebegini dapat diperbaiki untuk pembentangan-pembentangan seterusnya.
Kumpulan ini telah menjelaskan beberapa aspek penting mengenai Muzik Opera Cina. Iaitu merangkumi aspek sejarah, jenis-jenis muzik opera cina, kumpulan opera cina yang ada, aspek amatur, aspek struktur persembahan opera cina, watak, alat muzik dan sebagainya. Kumpulan ini juga turut menjelaskan mengenai Wayang Po Te Hi. Iaitu juga dikenali sebagai wayang sarung tangan. Melalui pemerhatian yang dilakukan semasa sesi pembentangan berlangsung. Kumpulan ini hanya menjelaskaan tujuan wayang Po Te Hi ini dimainkan, menjelaskan jenis-jenis wayang ini iaitu pembentang menjelaskan terdapat 3 jenis wayang Po Te Hi iaitu merangkumi Wayang Boneka Sarung Tangan, Marionettes, dan Red Puppets. Akan tetapi kumpulan ini tidak menjelaskan dimana dan bagaimana asal bermulanya wayang ini sehingga ianya menjadi popular di kalangan masyarakat Cina.
Seterusnya, melalui sesi pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan kedua pada minggu ini ialah mengenai sejarah asal usul muzik Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini terdiri daripada 4 orang ahli kumpulan. Dari aspek persembahan pembentangan yang dilakukan dapat dinilai bahawa persembahan amat baik, pembentang dilihat dapat menguasai tajuk pembentangan mereka. Ditambah dengan ilmu pengetahuan sedia ada melalui pembacaan, melalaui pemerhatian yang ada disekeliling serta informasi daripada kawan-kawan yang berasal daripada Sabah dan Sarawak membolehkan pembentang menjelaskan mengenai asal usul muzik Sabah dan Sarawak ini dengan jelas.
Dalam sesi pembentangan, kumpulan ini telah menjelaskan mengenai jenis tarian yang terdapat dalam muzik Sabah dan Sarawak. Pembentang hanya menjelaskan jenis tarian yang popular. Hal ini kerana tarian muzik Sabah dan Sarawak adalah terlalu banyak jika mahu diperincikan secara keseluruhannya. Pembentang juga turut menperincikan mengenai alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian muzik Sabah dan Sarawak yang sering digunakan dalam tarian yang popular seperti yang dijelaskan. Dengan penjelasan yang diberikan oleh kumpulan ini mengenai asal usul muzik Sabah dan Sarawak ini melalui sesi pembentangan yang dibuat dapatlah membantu saya untuk memahami serba sedikit mengenai muzik Sabah dan Sarawak. Dapat dijelaskan bahawa muzik Sabah dan Sarawak juga mempunyai banyak jenis tarian sama seperti yang terdapat dalam Muzik Orang Asli.
Oleh yang demikian, dapat disimpulkan disini bahawa sesi pembentang oleh kedua-dua kumpulan ini yang merupakan penutup tirai sesi pembentanagn bagi kumpulan A SMP2252 adalah amat baik dan memuaskan. Banyak perkara yang dapat dikongsi dan diharapkan ianya menjadi satu ilmu pengetahuan yang dapat dikongsi kepada generasi yang akan datang kelak.
Sekian..terima kasih
2 comments:
Saya bagi perbentangan minggu ini saya memang ketinggalan kerana tidak hadir..terima kasih, jurnal anda sedikit sebanyak membantu saya memahami perbentangan kumpulan tersebut
ulasan pembentangan yang padat dan menarik
Post a Comment