Dalam kuliah minggu ketiga, kesinambungan kuliah minggu 2 masih diterapkan lagi dalam sesi kuliah bagi membantu saya dan rakan-rakan untuk mengingati apa yang sudah dipelajari agar dapat menjawab sebarang persoalan yang diutarakan oleh En. Amran dalam kelas.
Dalam kuliah minggu ke-3, saya didedahkan dengan kaedah klasifikasi muzik tradisional di Malaysia, kategori muzik tradisional di Malaysia dan mengetahui ciri-ciri muzik tradisional di malaysia. dalam kuliah minggu 3, saya dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah seperti Adaptational, berorganik, idiosyncratic dan lain-lain. apa yang saya faham mengenai Idiosyncratic adalah cara atau gaya tersendiri. selain itu, saya juga turut mengetahui ciri-ciri utama dalam muzik tradisional di Malaysia. saya juga turut memahami apa yang dimaksudkan dengan dramatari, contohnya " Mak Yong, Wayang Kulit, Mek Mulong " dan banyak lagi.
Untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai dramatari. Mari kita sama-sama menghayati dramatari Mak Yong ini.
Mak Yong Kelantan :
Dalam dramatari Mak Yong ini juga turut menggunakan alat-alat muzik seperti rebat.
Mek Mulong Kedah:
Dalam dramatari Mek Mulong mengandungi unsur-unsur cerita. diselarikan dengan bunyi muzik daripada alat-alat muzik tradisional dan tarian. Tarian yang dipersembahkan adalah diselarikan dengan alat muzik yang dimainkan.
Selain itu, dalam kelas minggu ke-3 juga saya juga turut mengenali alat muzik yang bernama "Kertuk" walaupun saya orang kelantan tetapi sebelum ini sekiranya ditanya apakah alat muzik tradisional yang dinamakan kertuk yang popular di Kelantan. Saya sendiri tidak boleh untuk menerangkan apakah alat muzik tersebut. Sungguh memalukan mengaku sebagai anak kelantan tetapi alat muzik tradisional yang pernah popular suatu ketika dulu di kelantan tidak diketahui dengan sepenuhnya.
Sekian..
Sekian..
2 comments:
good job!
tq..munirah
Post a Comment