Monday, August 2, 2010

Minggu 4 : Jurnal Refleksi

Salam kepada En. Amran dan rakan-rakan sekuliah SMP2252 semua..

Secara keseluruhannya kuliah minggu ke-4 adalah amat menarik sehinggakan mahu pecah perut tgk video wayang kulit yang ditayangkan terutamanya wayang kulit kelantan. Justeru turut memberi input yang banyak kepada saya terutamanya mengenai muzik wayang kulit.  Terima kasih kepada En. Amran kerana banyak perkara baru mengenai wayang kulit didedahkan dalam sesi kuliah.  Setelah hadir ke kelas pada minggu ini barulah saya tahu mengenai apa itu muzik wayang kulit dan jenis-jenis wayang kulit yang wujud.  Ini kerana, jujur saya katakan bahawa selama ini saya hanya mengenali wayang kulit kelantan sahaja.  Elemen –elemen yang terdapat dalam muzik wayang kulit adalah seperti seni muzik, hikayat, lakunan, pengetahuan agama dan seni lukis / ukir. 

Terdapat 4 jenis wayang kulit iaitu terdiri daripada wayang kulit jawa, wayang kulit gedek (perlis dan kedah), wayang kulit melayu dan wayang kulit kelantan.  Dari aspek alat muzik yang digunakan dalam muzik wayang kulit adalah berbeza mengikut jenis wayang kulit.  Contohnya wayang kulit jawa mempunyai pengaruh muzik ghazal dan wayang kulit kelantan pula menggunakan seruling dalam persembahan wayang kulit. 

Contoh perbezaan alat muzik yang digunakan dalam wayang kulit kelantan dengan wayang kulit jawa adalah serunai. Dalam muzik wayang kulit jawa alat muzik ini tidak digunakan.  Serunai yang digunakan adalah seperti gambar di bawah :

Salah satu alat muzik yang terdapat dalam muzik wayang kulit kelantan


SERUNAI


Jenis-jenis wayang kulit ini mempunyai persamaan dan perbezaan dalam pelbagai aspek terutamanya dari aspek bahasa, patung, persembahan, alat muzik yang digunakan dan banyak lagi. 


Video ini menunjukkan perbezaan antara wayang kulit jawa dan wayang kulit kelantan.




 Wayang kulit jawa




Wayang kulit kelantan



Selain itu, dengan perkembangan teknologi masa kini, wayang kulit kini telah di inovasikan dalam versi animasi.  Wayang kulit animasi ini adalah di inovasikan daripada wayang kulit kelantan.  Contohnya seperti di bawah :

             Wayang kulit  animasi yang bertajuk " Nasi Dingin "



Muzik wayang kulit animasi ini menjadi tontonan kegemaran di kalangan kanak-kanak pada masa kini. 


Secara keseluruhannya,  setelah meengikuti sesi kuliah pada minggu ke-4, saya dapat mengetahui banyak perkara mengenai Muzik wayang kulit ini dari awal muzik ini popular sehinggalah kini.  Pandangan saya, untuk menghidupkan lagi muzik ini supaya tidak kehilangan ditelan zaman.  Muzik wayang kulit ini haruslah diwarisi supaya anak-anak cucu kita dapat mengetahui dan melihat muzik wayang kulit yang pernah popular pada suatu ketika dahulu di kalangan datuk dan nenek mereka.

Sekian..

3 comments:

Teoh Koh Sing on August 3, 2010 at 7:51 AM said...

saudari nurul hana,setelah membaca jurnal refleksi minggu ke4 kamu saya rasa macam tak sabar lagi nak masuk kelas pada hari esok ni...haha...mesti menarik!!

Marlin on August 3, 2010 at 8:03 AM said...

saya setuju dengan Teoh Koh Sing.. refleksi ini sangat menarik. saya juga tidak sabar mempelajarinya esok..

SMP 2252 NURUL HANA on August 8, 2010 at 8:18 AM said...

teoh dan marlin..tq yea

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP.A

BLOG PELAJAR KUMP.B

BLOG PELAJAR KUMP.C

SMP2252 NURULHANA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template